jurnal teknologi dalam pendidikan awal kanak-kanak, Abstrak: Keperluan tentang  tahap pemahaman yang lebih baik mengenai penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah meningkat secara relevan. Artikel ini membincangkan secara ringkas berkaitan mengintegrasikan teknologi dalam bilik darjah. 

Oleh kerana peranan pendidik telah berubah dengan ketara sejak beberapa tahun daripada mengajar kepada pembangunan manusia, mereka perlu menggunakan teknologi dalam aktiviti bilik darjah kerana kanak-kanak zaman sekarang semakin terdedah dengan teknologi semasa. Mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran boleh dilaksanakan secara meluas jika pendidik mahir menggunakan peralatan moden. 

Kanak-kanak, kandungan pelajaran dan pendidik merupakan elemen tiga serangkai dalam setiap bilik darjah. Ketiga-tiga elemen ini saling memerlukan bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik. Oleh itu, pertimbangan pedagogi dan integrasi teknologi komunikasi dan maklumat turut dibincangkan.

Kata kunci:Teknologi komunikasi dan maklumat, pengajaran kemahiran bahasa,kanak-kanak awal umur

Referensi Selengkapnya : http://www.ukm.my/jpbm/pdf/36-43%20Noor%20Aini.UPSI.pdf